23hb Mei 2011
Seminggu berlalu, kesihatan Hafiy kurang memuaskan..matanya bengkak dan merah...setelah mencuba vit B17 yg baru aku dapatkan untuk melawan sakitnya, selera makannya merosot akibat vitamin tersebut agak pahit untuk ditelan...Kesian anak ibu..berhari hari tidak makan akibat fobia pada ubat dan hanya menangis mungkin disebabkan bengkak di matanya...
Hafiy,
Ibu tau adik sakit, kita usaha ya sayang, setelah menemui Ustaz Kamarul di Darussyifa..keadaan Hafiy sedikit baik..malamnya sudah boleh tidur seperti biasa..tidak lagi gelisah berpusing pusing di atas katil tanpa sebab...namun selera makannya masih kurang. siang harinya banyak masa di dalam buai dan dukungan pengasuhnya di kala aku bekerja..tidak aktif bermain seperti biasa..dan selalu meragam...
Hafiy,
Adik sabar ya, rabu ini kita ke Terengganu memeriksa keadaan mata adik..insyaallah..ibu pasti ada penawarnya..dan jika sudah tertulis itu sahaja untuk selamatnya nyawa adik..ibu redha walaupun berat untuk ibu terima..
Tapi ibu yakin adik, kita takkan diuji olehNya jika kita tidak mampu menanggungnya...setiap pemberian Allah ini adalah anugerah..Ibu telah dipilih untuk memiliki Hafiy yang akan menjanjikan syurga buat ibubapanya...
Walau apa pun keadaannya, ibu akan sentiasa bersama Hafiy...
Monday, May 23, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


