Sunday, December 2, 2012

Hafiy Tiada lagi...al Fatihah...

Telah lama aku tinggalkan ruangan blog ini..telalu banyak kisah suka duka setahun lalu..kini anakku Hafiy Iffat b Mohd Hanafi telah kembali ke Rahmatullah pada 9hb Januari 2012 lalu. setelah kami berubat secara tradisional, perubatan islam di Gombak dan Darussyifa serta rawatan kimoterapi di HKL, telah tertulis dia akan meninggalkan kami jua...Ibu redha sayang..itu yang terbaik buatmu dari menanggung derita sakit yang ibu tak dapat merasainya...11 bulan berlalu rasa seperti semalam Hafiy pergi...Adik tetap di hati Ibu sayang..tunggu ibu di Syurga ya nak...Kini aku telah dikurniakan anugerah Allah yang baru...1 bulan sebelum Hafiy pergi aku mendapat tahu ada zuriat baru di rahimku yang telah dijanjikan Allah sebagai penawar duka kami..Alhamdulillah...kini puteri kami telah pun berusia 5 bulan dan telah ku namakan sempena nama arwah Hafiy Iffat iaitu Nur Hafiya Iffah yang bermakna "Cahaya Yang Sangat Baik dan Tahu Jaga Diri" manakala nama Hafiy Iffat amat bermakna bagiku yang telah kuberikan padanya dulu Hafiy- Yang Memuliakan Iffat - Kesempurnaan, Kesederhanaan, Kesopanan & Kesucian..sesungguhnya Allah telah memilihmu sayang pergi dulu dari Ibu ..dan sakitmu itu yang dijuji kepada kami agar lebih tabah, sabar dan dekat denganNya...Ya Allah ...

Kini gambarmu, video yang menjadi kenangan bagi kami..setiap tangisan dan gelakmu kami dengar bila kerinduan dan Al Fatihah yng tidak lupa ibu hadiahkan untuk adik tiap kali selepas solat...Damailah adik di sana...sihat dari segala derita sakit...tersenyum la adik di sana di bawah jagaan Nabi Ibrahim a.s...Tunggu ibu di pintu syurga yang...

Kenangan mu bersama kami sayang...

Al Fatihah....Aamin...

 Kesayangan ku


 Hari2 yang lalu di HKL during kimoterapi
 Setelah menjalani operatin membuang mata yang dijangkiti kanser
 11 bulan sebelum detect Retinoblastoma
 1 hari selepas operation done..
 Saat-saat akhir setelah diserang sawan...masih terasa sentakan sawan sewaktu didalam pelukanku..Jua masih terasa memelukmu sepanjang perjalanan balik KL-Kuantan dalam keadaan adik telah dikapankan...Syurga tempatmu Sayang...
 Tanda awal sebelum detect sering demam hingga kuman berada dalam paru-paru
 Ulangtahun setahun umurnya bersama basikal yang ku hadiahkan..dan anak ke 3 ku yang paling tidak dapat menerima berita pemergian Hafiy di HKL ketika anak yang lain berada di Kuantan...
Saat gembira kelahiranmu, saat mengandung yang senang, melahirkan dan menjagamu..even tidak sihat tapi adik kuat semangat dan tidak merengek seperti anak- anak lain yang sakit.. Terima kasih Allah atas pemberian istimewa ini kepadaku even cuma 2 tahun aku dapat menjaganya dan 9 bulan di dalam rahimku...sesumgguhnya dia seorang anak yang baik...

Al Fatihah..Aamin...